Jumaat, 17 Februari 2012

Petanda Dia Adalah Jodoh Kita?????


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
semua apa yang dirancang..manusia hanya mampu merancang segala kehendak Ilahi..Semoga hubungan aku dan dia sentiasa bersama...Insyallah..

Sabtu, 26 November 2011

1433 Hijrah!!


Assalamualaikum w.b.t...
taun baru islam kini telah tiba..
tutup buku lama buku baru dicatat..
moga2 taun lepas diampunkan dosa dan amalan ibadah
diterima Allah S.W.T..

Taun 1432 Hijrah kini sudah lepas Taun 1433 Hijrah kini mula berjalan..
Perbanyakan amalan tingatkan iman..
jadikan taun baru nie lebih baik daripada taun2 akan datang..
Moga2 dirahmati dan diredai oleh Allah S.W.T insyallah..
Salam Maal Hijrah semua...



Khamis, 24 November 2011

Rindunya sama kamu!!!


Awk sya rndu sngat kat awk..
dah lama rsenya xbersama2 dgn awk...
xsabar rsenya nk tunggu ujung minggu nie nk jumpa awk...
errrmm..lps nia awk dah xde dah dah cuti sem..
cian saya kne tinggal sowg2 kat sini...
nape la cuti sem kita xsme kn??

kan best klaw cuti sem kita sama..boleh la kita naik bus blik kmpong sme2..hee
xpela..mngkin xde rezeki nk blik kmpong sme2..
nth bila lah dpt jumpa g kn awk...
ujung minggu nie sya nk abiskn masa berjalan dgn awk sblom
awk blik kmpong...xsabar rsenya...
nnti kat kampong jgn nakal2 tau..
ingat saya kat sini..sntiasa ingt saya k..
doakan saya hadapi hidup sowg2 kat sini...
nth apelah jadi kat saya kat sini tanpa awk temani saya..
rindunya sama kamuuu...urmm..=(

Sabtu, 19 November 2011

Konvoi Port Dickson!!!

Assalamualaikum w.b.t
12/11 adalah detik2 yg memeriahkan kerana
merupakan last day bersama rakan2..
kite owg enjoy sme2..
korang mmg terbaik la kawan2 semua..aku rndu kat kowg..
saat aku cuti bersama korang semua..
lepak2 dgn bdk2 surau Al-Amin mmg tergempak r...
mcm2 ragam yg kowg buat..
gelak tawa la ape la...

First kli sy ucapkn Trima kasih kpd En.Rahmat ketua Pemuda Surau Al-Amin
kerana berjaya mngadakan event utk meraikan remaja2 Al-Amin..
Konvoi Ke PD nie mmg terbaik....
Konvoi nie mmg xdirancang sangat pon tpi dgn kerjasam yg
ditunjukan sahabat2 semua telah berjaya membuat event untuk kita semua..syabas
Yang xtahan tu ada yg menangis lps event nie kowt yelah
maklumlah masing2 nk g smbong blja..mngkin lame xjumpa kowt..
Tanpa kowg semua geng2 surau Al-Amin xkn hidup..
Kowg la yg menjayakan semuanya..aku berbngga dgn kowg semua..
Thanks sahabat2 ku di Senawang..heeeee

Ini lah memori yg dpt disimpan...geee..bnyak g tpi letih nk upload..hohoho:))

~nielah aktiviti2 kite owg hope dapat buat event nie lagiiii~


kpd kawan2 thnks..jumpa korang cuti sem nnti...wasalam~~



Jumaat, 18 November 2011

Kenangan Zaman Persekolahan!!!


Assalamualaikum w.b.t..
hoooo..dlu sewaktu zaman persekolahan mcm2 dalam minda aku kata..
xbest la sekolah,xsabar2 la nk kuar dari sekolah..
tpi kini baru aku tau yg sekolah la tempat ciptanya memori2 bersama rakan2..
belajar bersama.ponteng sekolah bersama...
fly dri asrama mcm2 ragam waktu zaman persekolahan..

Kini baru aku tau bertapa zaman persekolahan
lah membentuk kita menjadi seseorang insan yg berguna..
kenangan bersama rakan2 disekolah mmg terbaik...
aku rindu nk kena marah dgn cikgu saat tidow dalam kelas..
aku rindu nk aktif dlm sukan disekolah..
aku rindu nk kne rotan dgn warden asrama akibat fly dri asrama..heee..
mcm2 memori yg msih segar dlm ingtn..

aku rndu nk jadi pengawas balik...
hahhaha...mcm2 ragam kat sekolah dulu..
bertumbok la..bergaduh la...
pling yg xdlupkan saat aku jadi junior dlu..
bertumbok dgn senior pasal aku kuang ajar sikit..heee
time tu senior suruh aku tlg amikkn mknan kat dewan mkn..
aku ckp"ada kaki kn...jlan r" xpasal2 aku kne trik waktu malam..
tpi mmg gempak r..bertumbok gak asrama..xperlu la cite spe menang spe kalah...
itu semua kenangan..heee..
xtau la knape aku cite dlm blog nie..mngkin sb bile aku tengok gmbar2 nie kowt..heee


~bersama rakan dorm di asrama~

~Dari kiri Iman,aku n Anep (lawatan pengawas)~


~Saat terakhir di sekolah stlh g lawatan Biro ngn Pengawas~

~Bersama Beto rakan baik~

~Mase f4 muda siot heee~

~Time aku jadi pengawas la nie.geee~

~lawatan Cameron~


~Time tamat spm abis baju aku diconteng rakan2..hee~

~Kat Ladang~

~time nak fly dri asrama..sempat snap pic g tu gagaga~



~Kenangan zaman persekolahan yang masih segar lagi dalam ingatan terbaiiikkkkkk..~
Itu jelah yang aku nak cerita Wasalam...

p/s:Hargailah zaman persekolah anda kerana ia hanya datang sekali sahaja
selepas itu kita perlu tempuh ke alam yang lain..kenangan itu mengajar kita lebih dewasa.


Sabtu, 15 Oktober 2011

Indah Bersama Sidia!!

Argghh..sungguh indahnya bila dgn sidia..
terasa hati2 ini tenang bersamanya..
tidak ada kusut..
tidak serabot dgn kerja2 assignmt..
sungguh la ceria aku waktu tu dpt berjumpa dgn sidia..
huuu..

hari Jumaat kngn yg xboleh aku lupakan..
first time sidia ajak aku jln2 kat taman..
fuhhh..mcm romantik je..hee...
kdg2 aku terpikir jugak brtuah aku dpt sidia..
sntiasa dkat je dgn aku...

suasana bersama sidia mmg happy je..
sntiasa ceria..kte owg puas merayau satu taman walaupon time xmngizinkan
utk kte owg jumpa lme2..
maklumlah sidia sntiasa bzy dgn tugasnya..
hehee..Nurse kowt...harap2 sidia sntiasa berjaya dlm pljaran dia.
yg xtahan tu bleh lak cite2 mse depan kte...
ade2 jela sidia nie...
tpi xpela aku nk kotakan jnji aku kat dia..
utk melihat dia sntiasa bahagia..
Bahagia utk selamanya..
smpai ble2...itu janji aku pada dia...
akan aku kotakan wlaupon aku terpksa..
sb aku mahu dia sntiasa tersnyum...
wasalam...

Jumaat, 7 Oktober 2011

Hari Cuti yang Membosankan!!!



Assalamualaikum w.b.t
kawan2...hohoho...
hari cuti kat UMP@CITY mmg membosankn..
semua dak2 roomate aku tgok laptop dowg je...
mngadap tu jela tiap2 hari tension dowhh..
dgn biliknya bersepah g..haiiiisyeehhh...
kowg tgok sndiri r...

hahaha.....sengallll gileeeee...


nie la bdak2 eaaa.....
tpi aku pling ncem skli blh kiri skli...
ok smpai situ je citenya..
chaw..salam semua...geeeeee